Kerajaan Gagal Dalam Saman Terhadap Bersih

Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2015 12:26 PM

Peserta himpunan Janji Demokrasi mula membanjiri Dataran Merdeka. Foto CHAN TAK KONG/THE STAR
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia gagal dalam samannya terhadap jawatankuasa Bersih 2.0 atas kerosakan harta benda awam semasa perhimpunan Bersih 3 pada 28 April 2012.

Dalam saman tersebut, kerajaan menamakan bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk S.Ambiga dan 14 yang lain sebagai defendan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O'Hara membuat keputusan itu selepas mendengar perbicaraan penuh pada Jumaat.

Dalam tuntutannya, kerajaan telah memohon satu pengisytiharan bahawa jawatankuasa tersebut melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Kerajaan turut menuntut ganti rugi khas sebanyak RM110,543 atas kerosakan yang ditanggung semasa perhimpunan tersebut.

Dalam saman yang difailkan pada 15 Mei 2012, kerajaan mendakwa perhimpunan itu menyebabkan kerosakan harta benda awam termasuk kenderaan polis.

Dalam tuntutan balas yang difailkan pada 8 Jun lalu, Ambiga berkata, beliau berhak mendapatkan ganti rugi bagi pencabulan kebebasan hak asasinya dan atau dengan alasan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan dan agensinya.

Tags / Kata Kunci: Bersih 2.0

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan