Mohammad Nizar Didakwa Semula Atas Pertuduhan Fitnah PM

Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2015 3:10 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada Jumaat dihadapkan semula ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hampir tiga tahun lepas.

Ketua Pembangkang Perak dan Anggota Dewan Undangan Negeri Changkat Jering itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mat.

Mohammad Nizar, 59, yang beralamat di Sungai Rokam, didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Perak didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan tersebut akan merosakkan nama baik Najib.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Hatem Musa memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan.Hakim Norhayati kemudian membenarkan Mohammad Nizar diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Pada 13 Jan lepas, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Mohammad Nizar daripada pertuduhan memfitnah Najib selepas membenarkan bantahan awal pihak  pembelaan yang diketuai Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berhubung isu pengadu dalam kes itu.

Hakim Rihaida Rafie memutuskan bahawa aduan yang dibuat dalam kes itu cacat dan tidak boleh diterima kerana terdapat kekeliruan siapa yang sebenarnya membuat aduan.

Tags / Kata Kunci: Najib , PM , PAS

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan