Bekas Pengarah Veterinar NS Dijatuhi Hukuman Penjara Dua Tahun

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2015 7:26 PM

Noor Soeraya Norsham

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Pengarah Jabatan Veterinar Negeri Sembilan, Datuk Dr Noor Soeraya Norsham dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.

Panel tiga hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif menolak rayuan akhir beliau terhadap sabitan kesalahan bagaimanapun membenarkan rayuan supaya tempoh hukuman penjara dikurangkan daripada empat tahun kepada dua tahun.

Dalam keputusannya, Raus berkata Dr Noor Soeraya, 42, mengetahui bahawa dokuman yang digunakannya bukan dokumen tulen.

"Kami bersetuju dengan hakim Mahkamah Tinggi bahawa terdapat keterangan yang jelas bahawa beliau tahu atau mempunyai sebab untuk percaya bahawa dokumen berkenaan bukan tulen, bagaimanapun beliau menggunakannya bagi kepentingan kewangannya," katanya.

Raus, yang bersidang bersama Hakim-Hakim Datuk Linton Albert dan Datuk Zakaria Sam menjatuhi hukuman penjara dua tahun bagi setiap satu daripada empat kesalahan yang disabitkan terhadap Dr Noor Soeraya namun memerintahkan supaya kesemua hukuman itu berjalan serentak.

Mahkamah turut mengekalkan denda RM10,000 yang dikenakan Mahkamah Tinggi terhadap Dr Noor Soeraya bagi setiap pertuduhan.

Pada 21 Februari tahun lepas, Mahkamah Tinggi mengetepikan pembebasan Dr Noor Soeraya dan mendapatinya bersalah terhadap tiga pertuduhan pilihan dan satu pertuduhan utama mengemukakan surat kenaikan pangkat dan pengesahan gred jawatan beliau yang dipalsukan untuk memperoleh secara salah penyelarasan gaji serta elaun.

Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjaran empat tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat Jabatan Veterinar Negeri Sembilan di Jalan Pantai, Seremban dan di bahagian pentadbiran veterinar di Lot 1504, Mukim Pantai, Batu 6, Jalan Jelebu, Seremban antara 16 Mac 2009 dan 24 Julai 2011.

Dr Noor Soeraya pada mulanya dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di Seremban pada akhir kes pembelaan bagaimanapun berikutan rayuan pihak pendakwaan, Mahkamah Rayuan meminda keputusan Sahkamah Sesyen dan mensabitkan seterusnya menjatuhi hukuman penjara terhadap beliau.

Dr Noor Soeraya diwakili peguam Faiz Fadzil manakala Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Afifah Yusof mewakili pendakwaan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan