Peniaga Warga India Dipenjara 20 Tahun Miliki Ketamin

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 10:51 PM

Peniaga warga India, Kabeer Kather, 55, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun atas kesalahan mengedar dadah di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang peniaga warga India dijatuhi hukuman penjara 20 tahun pada Rabu selepas didapati bersalah atas tuduhan pindaan memiliki 3.2 kg dadah jenis Ketamin, tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman memerintahkan Kabeer Kather, 55, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 26 Mac 2012.

Berikutan faktor usianya, Kabeer tidak dikenakan hukuman sebatan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan Pemeriksaan, Balai Ketibaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dekat sini pada 26 Mac 2012.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A(2) Akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan.

Kabeer sebelum ini dibicarakan atas tuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B ADB yang memperuntuk hukuman mati mandori, jika sabit kesalahan.

Dia bagaimanapun bernasib baik apabila mahkamah memutuskan untuk meminda pertuduhan ke atasnya kepada memiliki ketika kes di peringkat pembelaan.

Sembilan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias manakala tertuduh diwakili peguam K A Ramu.

Tags / Kata Kunci: ketamin , Kabeer Kather

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan