Penganggur Dipenjara 8 Tahun Sebabkan Kematian Pengawal Kelab Malam

Diterbitkan: Rabu, 28 Januari 2015 10:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang pengawal kelab malam, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Husin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Saifullah Awang@Ismail, 24, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 3 Julai 2012.

Azman berkata hukuman itu dibuat selepas meneliti hujahan pendakwaan dan rayuan tertuduh.

Pada mulanya, Muhammad Saifullah didakwa membunuh Mohd Nazrie Abu Bakar, 34, di sebuah rumah tidak bernombor di tepi landasan keretapi, Kampung Segambut Gate, 8 malam, 23 Jun 2012 hingga 4 petang 24 Jun 2012 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan terhadap tertuduh iaitu menyebabkan kematian mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Aznika Mohd Anas memohon hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak melakukan dan mengulangi kesalahan sama.

"Si mati dijumpai selepas empat hari dalam keadaan berbungkus yang dijerut sebelum dicampak ke dalam Sungai Segambut Gate. Kematian si mati memberi kesan kepada keluarganya terutama isteri yang kini mengambil alih tugas menyara dua anak yang masih kecil," katanya.

Terdahulu, peguam Nik Muhammed Ikhwan Nik Mahamud yang mewakili Muhammad Saifullah merayu hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah membuat pengakuan terhadap pertuduhan pilihan itu.

Mengikut fakta kes, berdasarkan laporan bedah siasat yang dikemukakan pakar perubatan forensik Nurliza Abdullah, terdapat luka torehan pada leher dan enam tikaman di bahagian dada Mohd Nazrie.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan