Saman Penulis Novel Terhadap Syamsul Yusuf Gagal Selesai Luar Mahkamah

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 4:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman antara penulis novel "Aku Bohsia' Elias Idris terhadap pengarah yang juga pelakon Syamsul Yusuf, Datuk Yusuf Haslam serta syarikat mereka, gagal diselesaikan menerusi proses mediasi.

Prosiding melibatkan dakwaan plagiat novel karya Elias itu didengar dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hasnah Mohammed Hashim pada Selasa dan ia akan diteruskan menerusi proses perbicaraan.

Peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili Syamsul memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 6 Feb untuk pengurusan kes.

Di luar mahkamah, Yusuf Haslam berkata pihaknya telah berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan kes tersebut namun keengganan Elias menyelesaikan secara baik amat mengecewakan.

"Saya dan anak saya, Syamsul cuba menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dinasihatkan hakim sebelum ini, namun pihak plaintif menuntut ganti rugi," katanya.

Elias, 63, memfailkan saman terhadap Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Md Yusuf, 31, bapanya Md Yusuf Md Aslam (Yusuf Haslam), 61, dan syarikat Skop Production Sdn Bhd pada 24 Nov tahun lepas kerana didakwa meniru novel Elias itu dalam filem 'Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam' yang diterbitkan pada 2009.

Menerusi pernyataan tuntutannya, Elias mendakwa bahawa beliau menulis novel tersebut pada 1995 menggunakan nama pena Anne Natasha Nita serta pemilik hak cipta terpelihara.

Beliau mendakwa terdapat banyak persamaan dari segi tema, plot, watak dan mesej dalam novel 'Aku Bohsia' dengan filem 'Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam'.

Elias juga mendakwa bahawa pihaknya telah menulis surat kepada kesemua defendan untuk memaklumkan bahawa hak cipta terpelihara beliau telah dilanggar dan menuntut ganti rugi namun ia tidak diendahkan.

Berikutan itu beliau memfailkan saman dan menuntut satu deklarasi bahawa kesemua defendan telah melanggar hak cipta terpelihara plaintif sebagai penulis asal, memohon injunksi untuk melarang defendan menyiarkan semula filem tersebut dan satu perintah ganti rugi serta faedah.

Sementara itu menerusi pernyataan pembelaan dan tuntutan balas yang difailkan pihak defendan pada 5 Jan lalu, kesemua defendan menafikan persamaan yang didakwa oleh Elias serta menyatakan bahawa tidak pernah membaca, memiliki atau mendengar mengenai novel tersebut sebelum dan selepas selesai pengambaran filem.

Mereka turut mendakwa bahawa pertama kali memiliki novel itu pada 1 Dis tahun lalu dan daripada pembacaan dan pemahaman, terdapat perbezaan yang ketara daripada tema, plot dan lain-lain.

Dalam tuntutan balas defendan terhadap plaintif, ketiga-tiga defendan mendakwa bahawa plaintif telah menulis kata-kata fitnah di laman blog miliknya pada 16 Nov tahun lepas.

Defendan mendakwa perkataan fitnah itu ditulis untuk memalukan dan menjatuhkan nama serta reputasi defendan dalam industri filem.

Berikutan itu defendan menuntut satu injunksi menghalang plaintif atau pekerjanya memberikan apa-apa kenyataan lisan atau bertulis kepada media yang merujuk kepada apa-apa peniruan atau persamaan antara novel dan filem terbabit.

Defendan turut menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi am, faedah dan kos.

Tags / Kata Kunci: Samsul Yusuf , Skop Production , Aku Bohsia

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan