Rayuan Kes Transgender Didengar Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 8:15 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Adakah kerajaan Negeri Sembilan dan empat pihak lain dibenarkan untuk merayu terhadap keputusan penting Mahkamah Rayuan berhubung isu transgender membabitkan lelaki Islam yang berpakaian wanita?

Hari ini, Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan mereka bagi kebenaran untuk merayu daripada mahkamah tertinggi itu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan sebagai tidak sah enakmen Syariah negeri yang menghukum lelaki Islam berpakaian wanita.

Empat lagi pemohon ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, ketua pegawai Penguatkuasa Syariah Negeri Sembilan dan ketua Pendakwa Syarie Negeri Sembilan.

Dalam permohonan bagi kebenaran, perayu mengemukakan tujuh persoalan undang-undang untuk pertimbangan mahkamah.

Pemohon dalam kes sivil perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan sebelum memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Jika Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan bagi kebenaran, mereka boleh terus memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan tetapi jika mereka gagal, keputusan Mahkamah Rayuan akan dikekalkan.

Pada 7 November tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan yang difailkan oleh tiga jurumekap pengantin - Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30 -- dan mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dan melanggar perlembagaan.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus memutuskan bahawa peruntukan itu menimbulkan diskriminasi terhadap lelaki Islam yang mengalami keadaan dikenali sebagai Kecelaruan Identiti Jantina (GID). 

Mohd Hishamudin berkata, Seksyen 66 yang menghukum lelaki Islam yang berpakaian atau berlagak seperti wanita di tempat-tempat awam, tidak memberikan pengecualian untuk penghidap GID tetapi mengabaikan mereka (penghidap GID) dan secara tidak adil meletakkan mereka tertakluk di bawah penguatkuasaan undang-undang.

Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman yang menolak permohonan untuk mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai melanggar perlembagaan.

Dalam permohonan bagi semakan kehakiman, Muhamad Juzaili, Syukor dan Wan Fairol menamakan kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, pengarahnya, ketua pegawai Penguatkuasa Syariah Negeri Sembilan dan ketua pendakwa Syarie Negeri Sembilan sebagai responden.

Tags / Kata Kunci: transgender

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan