Pelajar UiTM Didakwa Cuba Sokong Kumpulan Pengganas IS

Diterbitkan: Isnin, 26 Januari 2015 5:49 PM

Wan Mohammad Arif dibawa anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen, Sepang atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan militan IS pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Arau, Perlis, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas tuduhan cuba memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS.

Wan Mohammad Arif Wan Rokman, 23, didakwa berbuat demikian dengan cara mengambil penerbangan pesawat Turkish Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Istanbul, Turki, untuk menjadi anggota kumpulan itu. 

Pelajar jurusan kejuruteraan marin itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di hadapan pintu C15, Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA di sini pada kira-kira 10.15 malam, 28 Disember lepas. 

Dia juga didakwa atas tuduhan pilihan iaitu cubaan memberi sokongan kepada kumpulan IS, dengan hendak memasuki Syria melalui Istanbul untuk manfaat kepada kumpulan pengganas tersebut pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Wan Mohammad Arif yang tidak diwakili peguam mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aizatul Akmal Maharani.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Wan Mohammad Arif, yang didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J kanun sama kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Wan Muhammad Arif merupakan rakyat tempatan ke-24 yang dihadap ke mahkamah berhubung kumpulan IS.

Mahkamah menetapkan 30 Mac untuk sebutan semula kes itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan