Larangan Guna Kalimah 'Allah' Dalam Herald Kekal - Mahkamah Persekutuan

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2015 5:09 PM

Mahkamah Persekutuan menolak rayuan semakan Editor Herald Tribune, Paderi Lawrence dalam isu pengunaan kalimah Allah dalam penerbitan "The Herald " di Istana Kehakiman pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majalah mingguan gereja Katolik, Herald, dilarang daripada menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada Tuhan apabila ia gagal dalam percubaan terakhirnya mengggunakan saluran perundangan pada Rabu, untuk Mahkamah Persekutuan mendengar semula permohonannya bagi kebenaran untuk merayu.

Panel lima orang hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, sebulat suara menolak permohonan gereja bagi semakan selepas memutuskan bahawa pihak berkenaan (gereja) gagal memenuhi keperluan minimum bagi semakan yang termaktub dalam Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Beliau bekata tidak berlaku ketidakadilan dari segi prosedur dalam keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini menolak permohonan gereja bagi kebenaran untuk merayu.

Abdull Hamid berkata undang-undang kes yang diselesaikan menyatakan bahawa pemohon tidak mempunyai hak untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan kecuali dalam situasi yang jarang-jarang berlaku iaitu kecenderungan untuk bersikap berat sebelah, kegagalan kuorum, penipuan atau berlaku ketidakadilan dalam prosedur.

Beliau berkata rasional di sebalik pendekatan sangat tegas yang dipraktikkan lebih satu kurun lalu di England ialah keputusan harus bersifat muktamad, dan tetap, jika tidak, tidak akan ada akhirnya.

Hakim-hakim lain dalam panel itu ialah Hakim Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Ramly Ali dan Datuk Azahar Mohamed.

Berikutan keputusan itu, usaha pihak gereja menggunakan saluran perundangan bagi menarik balik larangan menggunakan kalimah 'Allah' dalam Herald kini berakhir.

Gereja Katolik memohon untuk semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun tahun lepas yang menolak permohonannya bagi kebenaran untuk merayu keputusan Kementerian dalam Negeri melarang menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada Tuhan dalam penerbitan Herald edisi Bahasa Malaysia.

Mahkamah Persekutuan yang mencapai keputusan majoriti 4-3 menolak permohonan Gereja bagi kebenaran untuk memfailkan rayuan.

Pihak gereja memohon kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun tahun lepas untuk membawa perkara itu bagi rayuan di mahkamah berkenaan ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Herald boleh menggunakan kalimah 'Allah'.

Mahkamah Rayuan, pada 14 Oktober 2013, membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang Herald daripada menggunakan kalimah  Allah dalam penerbitannya edisi Bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, tidak sah dan terbatal.

Panel tiga anggota hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan hakim Mahkamah Rayuan ketika itu (sekarang Mahkamah Persekutuan) Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata alasan bagi larangan menggunakan kalimah itu ialah untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dalam kalangan pelbagai agama.

Beliau (Hakim Mohamed Apandi) juga berkata keselamatan negara dan ketenteraman awam boleh tergugat jika majalah itu dibenar menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitannya.

Terdahulu, dalam prosiding hari ini, peguam Datuk C.V. Das yang mewakili gereja berhujah bahawa ketidakadilan dalam prosedur berlaku kerana Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan gereja bagi kebenaran untuk merayu atas isu-isu yang tidak ditimbulkan semasa berhujah.

Beliau berkata ini telah menyebabkan ketidakadilan kepada pihak gereja sambil menambah bahawa tiada seorang pun harus dihukum tanpa kesnya didengar dahulu.

"Kami tidak didengar. Jika kami didengar, permohonan kami mungkin terselamat," katanya dan menambah bahawa hakim-hakim perlu menarik perhatian pihak dalam kes itu untuk berhujah mengenai isu-isu yang mereka fikir perlu ditangani.

Tags / Kata Kunci: herald , penggunaan kalimah Allah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan