UPSR Bocor: Permohonan LPM, Kerajaan Batal Saman Didengar 17 Februari

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 1:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 17 Februari untuk mendengar permohonan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan kerajaan bagi membatalkan saman yang difailkan seorang murid lelaki penghidap dyslexia berhubung kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Hakim Datuk Rosnaini Saub menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom, mewakili LPM dan kerajaan, serta peguam Nurul Najmi Adila yang bertindak bagi pihak murid lelaki itu.

Pada 19 November tahun lepas, LPM dan kerajaan yang dinamakan sebagai defendan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman K. Mangala Bhavani, ibu kepada Ananda Krishnan Menon, 13, selaku plaintif, atas alasan saman itu tidak mendedahkan apa-apa kuasa tindakan yang munasabah selain merupakan satu tindakan yang mengaibkan, memprejudiskan dan suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

Pada 13 Oktober tahun lepas, ibu kepada murid itu memfailkan saman berkenaan bagi pihak anaknya yang mendakwa defendan cuai dalam mengendalikan kertas peperiksaan UPSR tahun lepas sehingga menyebabkan anak lelakinya perlu menduduki semula ujian bagi beberapa mata pelajaran.

Dalam pernyataan tuntutan, murid Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2 itu mendakwa defendan gagal melaksanakan satu sistem selamat bagi memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan.

Ananda Krishnan mendakwa defendan juga gagal menyelia petugas dan ejen mereka - wakil sah - dalam memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan bermula daripada proses awal penyediaan soalan sehingga proses pengedaran kertas soalan ke semua sekolah di Malaysia.

Peperiksaan UPSR dijadual diadakan dari 9 hingga 11 September, tetapi berikutan kebocoran kertas soalan, murid perlu menduduki semula ujian bagi kertas Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil pada 30 September dan 9 Oktober.

Ananda Krishnan mendakwa sebagai penghidap dyslexia dengan keperluan khas, dia mengalami tekanan perasaan, kesengsaraan dan kekecewaan serta hilang motivasi untuk menduduki semula peperiksaan UPSR.

Murid ini menuntut ganti rugi khas, am dan kos.

Sementara itu, kedua-dua defendan dalam pernyataan pembelaan yang difailkan 3 Disember tahun lepas berkata pihaknya mendapat tahu mengenai kebocoran soalan peperiksaan Bahasa Inggeris 1 dan 2 melalui laporan akhbar yang memaparkan soalan yang sama dengan soalan sebenar.

Hasil siasatan mendapati perkara itu benar dan LPM mengisytiharkan kertas peperiksaan itu dibatalkan dan diadakan semula.

Defendan juga menegaskan perisytiharan pembatalan peperiksaan kertas Bahasa Inggeris dan Matematik itu adalah selaras dengan Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997.

Tags / Kata Kunci: UPSR , dyslexia , saman , Rosnaini Saub

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan