Ahli Perniagaan M'Sia 'Si Gemuk Leonard' Mengaku Bersalah Rasuah Tentera Laut AS

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 10:53 AM

Leonard Glenn Francis

(Ubah saiz teks)

SAN DIEGO: Ahli perniagaan dari Malaysia yang dituduh memberi rasuah kepada pegawai atasan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan kontrak perkhidmatan jutaan dolar untuk syarikatnya, mengaku bersalah di Mahkamah Persekutuan di San Diego pada Khamis.

Leonard Glenn Francis, mengaku bersalah atas tuduhan rasuah dan konspirasi dalam kes yang menggemparkan struktur pasukan Tentera Laut AS apabila siasatan itu didedahkan kepada umum pada akhir 2013.

Francis, yang digelar 'Fat Leonard' kerana ketinggian dan saiz badannya yang besar berdepan hukuman sehingga 25 tahun penjara.

Sebagai sebahagian daripada persetujuan yang dicapai dengan pendakwa raya persekutuan, Francis dan syarikatnya, Glenn Defense Marine Asia, akan kehilangan AS$35 juta dalam hartanah dan hasil lain yang berpunca daripada dakwaan rasuah tersebut.

Selain pengakuan bersalah untuk sendiri, Francis juga mengaku bersalah bagi pihak firma.

Pihak pendakwaan mendakwa Francis merasuah pegawai Tentera Laut dengan wang tunai, dan juga pelacur, barang elektronik dan penginapan hotel mewah serta hiburan berharga mahal untuk pegawai-pegawai Tentera Laut yang kemudiannya berkongsi maklumat sulit dengannya.

Francis didakwa menerima maklumat mengenai jadual dan pergerakan kapal dan kemudian Tentera Laut menjalankan siasatan terhadap bil-bilnya, kata pendakwa.

Penolong Peguam AS Mark Pletcher berkata siasatan dalam kes itu berterusan, meliputi tempoh selama 10 tahun bermula pada tahun 2004.

Kapten Tentera Laut Daniel Dusek pada Khamis juga mengaku bersalah melakukan rasuah menjadikan jumlah keseluruhan yang didakwa setakat ini kepada lapan, termasuk dua komander Tentera Laut.

Pletcher tidak memberitahu sama ada terdapat pendakwaan pada masa akan datang, tetapi membayangkan secara meluas bahawa akan ada tambahan anggota Tentera Laut yang mungkin disiasat.

"Francis mengekalkan hubungan rasuah dengan sebilangan pegawai-pegawai Tentera Laut," tambah Pletcher.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan