Malaysia Mungkin Bawa Kes Sirul Ke Mahkamah Australia - Wan Junaidi

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 2:20 PM

Datuk Seri Dr Wan Junaidi

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Malaysia mungkin membawa kes Koperal Sirul Azhar Umar ke mahkamah Australia sekiranya negara itu enggan mengekstradisi bekas anggota Unit Tindakan Khas itu ke Malaysia untuk menjalani hukuman gantung sampai mati.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata hanya mahkamah mempunyai kuasa untuk memutus dan mengeluarkan arahan sama ada Sirul Azhar akan dihantar pulang atau sebaliknya.

Beliau berkata perkara itu akan dibincang secara terperinci oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara sebelum mengambil tindakan seterusnya.

"Pada masa ini kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia masih berusaha berbincang dengan pihak berkuasa Australia untuk mengekstradisi Sirul Azhar," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini Jumaat.

Selasa lalu, tertuduh pertama C/Insp Azilah Hadri, 38, dan tertuduh kedua, Sirul Azhar, 43, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan kerana membunuh model sambilan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibuu sembilan tahun lepas.

Bagaimanapun Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia. Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Akhbar hari ini pula memetik laporan akhbar Sydney Morning Herald bahawa kerajaan Australia tidak akan memenuhi permohonan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi kerana ia melibatkan hukuman mati dan Australia merupakan antara negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan