Keputusan Rayuan Pendakwa Dalam Kes Pembunuhan Altantuya Diketahui Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2015 12:07 AM

altantuya

Altantuya

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Adakah Mahkamah Persekutuan akan mengekalkan atau mengubah keputusan yang membebaskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) daripada tuduhan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu?

Jawapannya akan diketahui pada Selasa apabila mahkamah itu memberi keputusannya berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Cif Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar.

Ini merupakan rayuan terakhir di mahkamah tertinggi negara bagi kes yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Keputusan mengenai kes bunuh berprofil tinggi ini akan disampaikan panel lima anggota, yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mendengar rayuan itu selama tiga hari mulai 23 Jun tahun lepas, sebelum menangguhkan keputusannya.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Pihak pendakwaaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan dua anggota polis itu.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dua anggota polis berkenaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah membunuh wanita itu dan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang dituduh bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar, dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas mahkamah itu memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie terhadapnya.

Pihak pendakwaan tidak mengemukan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak Baginda.

Dalam penghakiman setebal 47 muka surat, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak mencukupi untuk menyokong sabitan kesalahan dua anggota polis itu.

Katanya kesalahan mereka tidak dibuktikan dengan memuaskan dan oleh itu mahkamah berkenaan terpaksa memberi kepada mereka faedah kesangsian.

Ketika menyabitkan kesalahan dua anggota polis itu, Mahkamah Tingi berkata pihak pembelaan setiap tertuduh hanya bergantung pada penafian, menuduh satu sama lain, tidak selaras dan ambivalen.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan