Pegawai TUDM Dipecat Kerana Komen Dakwat Kekal

Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 3:34 PM

Mejar Zaidi Ahmad di mahkamah tentera di Kuala Lumpur pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah tentera di sini memutuskan seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipecat daripada perkhidmatannya, kerana membuat kenyataan media mengenai dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum 2013 tidak berkesan dan mendedahkan maklumat mengenai surat pemindahannya.

Kolonel Saadon Hasnan, yang mempengerusikan perbicaraan yang terdiri lima anggota panel, mengumumkan keputusan itu selepas mendapati Mejar Zaidi Ahmad bersalah atas tuduhan tersebut.

Dalam penghakimannya, Kolonel Saadon berkata, Mejar Zaidi telah diberi tiga pilihan pada peringkat pembelaan, tetapi dia kemudiannya memilih untuk berdiam diri.

Beliau berkata secara keseluruhannya, mahkamah menilai hujahan kedua-dua pihak dan tindakan berdiam diri adalah cukup untuk mensabitkan Mejar Zaidi terhadap pendakwaan kedua dan ketiga, pendakwaan di mana beliau diarahkan untuk membela diri.

"Oleh itu, mahkamah memutuskan bahawa Mejar Zaidi bersalah atas tuduhan ini.

"Mahkamah sebulat suara memutuskan untuk memecat anda daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bergantung kepada pengesahan oleh pihak berkuasa yang berkenaan," katanya.

Kolonel Saadon berkata, mereka membuat keputusan itu berdasarkan beberapa faktor termasuk kepentingan awam, keseriusan kesalahan itu, kedudukan sosial Mejar Zaidi dan hukuman mengikut undang-undang.

Mejar Zaidi, 47, didakwa membuat kenyataan mengenai dakwat kepada media tanpa kelulusan daripada Kementerian Pertahanan, dengan itu ia melanggar undang-undang Perintah Majlis Angkatan Tentera.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di balai polis Kepala Batas pada 1 Mei tahun lepas.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan