Berhimpun Secara Aman Bukan Hak Mutlak - Peguam

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 8:59 PM

GANAS... Sebahagian perusuh yang menyertai perhimpunan Bersih 3 pada 28 April 2012 bertindak ganas merosakan kenderaan Polis di hadapan Sogo di Kuala Lumpur.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hak untuk berhimpun secara aman bukan hak mutlak tetapi tertakluk kepada sekatan demi kepentingan keselamatan persekutuan atau ketenteraman awam, Mahkamah Tinggi diberitahu pada Khamis.

Peguam Kanan Persekutuan Kamal Azira Hassan, yang mewakili kerajaan dalam saman yang difailkan terhadap bekas pengerusi bersama Bersih, Datuk S. Ambiga dan 15 orang lain, berkata perlindungan hak-hak orang lain adalah bahagian penting dalam menjalankan hak untuk berhimpun.

Beliau berhujah bahawa sekatan adalah perlu dan patut secara munasabah untuk kepentingan ketenteraman awam.

Beliau menegaskan bahawa kerosakan kepada harta orang lain susulan perhimpunan orang ramai berpotensi untuk bertukar menjadi kacau-bilau dan huru-hara.

Kamal Azira berkata demikian semasa berhujah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O'Hara.

Kamal Azira berhujah bahawa dalam apa jua keadaan, peruntukan di bawah Seksyen 6 (2)(g) Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak melarang kebebasan pergerakan penganjur tetapi cuma mengenakan obligasi ke atas mereka untuk memastikan bahawa perhimpunan tidak menimbulkan kerosakan kepada harta.

Selepas kerajaan selesai menggulung penghujahan hari ini, mahkamah menetapkan 30 Jan untuk memberi keputusan.

Pada 15 Mei 2012, kerajaan memfailkan saman terhadap Ambiga dan 15 individu lain mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April, 2012 telah menyebabkan kerosakan kepada harta awam.

Dalam saman itu, ia memohon pampasan khas berjumlah hingga RM110,543.27 sebagai kos untuk membaiki kenderaan polis yang rosak, kos lain, faedah dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Ia juga memohon satu deklarasi bahawa defendan, sebagai penganjur perhimpunan Bersih 3.0, telah melanggar Seksyen 6 (2) (g) Akta Perhimpunan Aman kerana mereka berbertanggungjawab, antara lain, untuk memastikan bahawa perhimpunan tidak akan menyebabkan kerosakan kepada harta awam.

Dalam pernyataan tuntutan, kerajaan juga menyatakan bahawa perhimpunan  sekitar Dataran Merdeka mula menjadi tidak terkawal apabila peserta merempuh sekatan polis.

Ia berkata pada hari itu, polis ditempatkan di sekitar kawasan untuk memastikan peserta perhimpunan tidak melanggar perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret pada 26 April, yang melarang perhimpunan daripada diadakan di Dataran Merdeka dan untuk orang awam tidak hadir di sana atau menyertai perhimpunan bantahan antara 28 April dan 1 Mei 2012.

Tags / Kata Kunci: Bersih , S. Ambiga

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan