Lima Rakan Mengaku Tidak Bersalah Rompak RM2 Juta

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 4:59 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lima rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan rompak secara berkumpulan terhadap seorang peniaga emas membabitkan RM2 juta, Disember lepas.

Tertuduh terdiri daripada tiga peniaga iaitu Romai Adzman Mohd Shariff, 50, Mohamad Al-Farouq Mat Isa, 30, dan warga Indonesia Indra Saputra, 26, manakala dua lagi Riduan Mokmin, 26, dan Muhamad Hafiz Ismail, 31, bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Mereka dituduh bersama-sama enam lagi yang masih bebas, merompak wang tunai RM1.6 juta dan empat kilogram jongkong emas bernilai RM400,000 milik Abdul Akhmal Mohamad, 26.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dengan menggunakan sebatang kayu dan rotan di No.6 Jalan PPRT 2, Kg Bukit Lanchong, Putra Heights, pada 10.45 malam, 23 Disember lepas.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han tidak menawarkan jaminan atas alasan ia melibatkan kesalahan yang serius, dan hanya sebahagian hasil rompakan ditemukan semula.

Bagaimanapun, peguam Datuk Suraj Singh yang mengetuai pihak pembelaan memohon kesemua tertuduh dibenarkan jaminan atas alasan mereka menyara keluarga masing-masing dan mempunyai anak yang masih kecil.

Hakim Abu Bakar Manat membenarkan Romai Adzman, Mohamad Al-Farouq, Riduan Mokmin, dan Muhamad Hafiz, masing-masing diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan melapor diri di balai polis berdekatan pada hari pertama setiap bulan.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan Indra Saputra diikat jamin atas alasan tertuduh merupakan warga Indonesia.

Kes disebut semula 12 Februari ini.

Tags / Kata Kunci: rompak emas , Tan Gin Han

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan