Menyamar Polis: Anggota Rela Dipenjara Empat Bulan

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara menyamar sebagai anggota polis dari Bukit Aman, seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Zuraini Abdul Razak menjatuhi hukuman itu terhadap Long Chun Fai, 33, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan dengan sengaja menyamar sebagai anggota polis dengan menyebut perkataan "Aku polis Bukit Aman" dan menunjukkan satu kad kuasa polis.

Chun Fai yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan parkir motosikal flat Sri Selangor, Jalan San Peng, Dang Wangi, di sini pada 9.20 malam, 2 Januari lepas.

Zuraini memerintahkan Chun Fai menjalani hukuman itu bermula tarikh dia ditangkap pada 2 Januari lepas.

Ketika rayuan, Chun Fai memohon mahkamah supaya dikenakan hukuman paling ringan atas alasan dia menanggung tiga anak yang masih kecil dan hanya bergantung kepada pendapatan sebagai anggota Rela.

Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam bagaimanapun memohon hukuman berat kerana kesalahan tertuduh memperdaya orang awam dan mencemarkan imej jabatan terlibat merupakan satu kesalahan serius.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian Chun Fai bersama seorang lagi rakannya telah pergi ke tempat letak motosikal di flat tersebut dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis kepada Muhammad Aliff Iszairi Ismail, 21, sambil bertanyakan di mana lokasi orang menjual dadah.

Muhammad Aliff hanya menunjukkan ke arah sekumpulan lelaki di taman permainan dan dia yang tidak berpuas hati mengekori Chun Fai dan rakannya ke arah blok lain di flat yang sama.

Ketika pengadu bertanya lagi kepada Chun Fai, dia masih mengaku dirinya anggota polis dari Bukit Aman dan menunjukkan kad kuasa polis yang dipercayai palsu tetapi akhirnya tertuduh memberitahu dia bukannya polis.

Tags / Kata Kunci: menyamar polis , Bukit Aman , Rela

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan