Mahkamah Persekutuan Kekal Hukuman Mati Ke Atas Lelaki Bakar Isteri, Anak

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 10:57 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Rabu mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang penjual ais kerana membunuh isteri dan anak perempuannya 10 tahun lalu dengan menyimbah minyak tanah dan membakar mereka.

Barisan panel lima hakim yang diketuai hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 12 tahun ke atas P. Balan Subramaniam atas percubaan membunuh seorang lagi anak perempuannya.

Hakim Suriyadi yang bersidang bersama Hakim Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Datuk Seri Abu Samah Nordin, menolak rayuan akhir Balan terhadap sabitan, hukuman mati dan hukuman penjara.

Balan, 62, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kerana membunuh isterinya R. Angeladevi, 48 tahun.

Mahkamah Tinggi pada mulanya telah melepas dan membebaskan Balan atas pertuduhan membunuh anak perempuannya, Anuradha, 20, pelajar kolej ketika itu dan percubaan membunuh anak perempuannya Malini berusia 23 tahun ketika itu (sekarang 34 tahun), seorang pembantu hospital tanpa dipanggil membela diri.

Bagaimanapun, selepas pihak pendakwaan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan, kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk Balan membela diri atas kedua-dua pertuduhan.

Pada penggulungan kes pembelaan, Balan didapati bersalah dan dihukum mati kerana membunuh Anuradha dan dia juga didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun atas percubaan membunuh Malini.

Mahkamah Rayuan menolak rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman.
Balan dituduh melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Anggerik, Desa Changkat, Batu Gajah, di daerah Kinta, Perak antara 10 malam dan 11 malam pada 11 Oktober, 2004.

Menurut fakta kes, pertengkaran tercetus pada hari kejadian sehingga menyebabkan dia bertindak membakar kedua-dua mereka. Angeladevi dan Anuradha telah membuat deklarasi membabitkan Balan sebelum kematian mereka.

Balan diwakili peguam Datuk K. Kumaraendran dan Dev Kumaraendran sementara pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya Hamdan Hamzah.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan