Padah Menipu, Penguatkuasa DBKL Dipenjara Enam Bulan, Denda RM10,000

Diterbitkan: Selasa, 6 Januari 2015 4:47 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dipenjara enam bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu seorang peniaga, tujuh tahun lepas.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menjatuhkan hukuman itu terhadap P.Sugumaran, 44, selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, Ahmad Zamzani berkata pembelaan tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Sugumaran dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu secara serentak bermula Selasa.

Mahkamah juga memerintahkan Sugumaran menjalani hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan, jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam S.Ramesh yang mewakili tertuduh untuk penangguhan perlaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Sugumaran didakwa memperdaya M.Sathivelu untuk menyerahkan wang tunai sebanyak RM600 dan RM1,200 melalui dua transaksi ke akaun AmBank (M) Berhad miliknya bagi mendapatkan kelulusan enam tapak pasar malam di Lorong Tunku Abdul Rahman Masjid India masing-masing pada 11.34 pagi 7 Mei 2008 dan 1.42 pagi 29 Mei 2008 di AmBank Cawangan Jalan Pudu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dengan denda atau kedua-duanya.

Sepanjang prosiding perbicaraan, pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lokman Kasim, memanggil empat saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan.

Tags / Kata Kunci: DBKL , Ahmad Zamzani Mohd Zain , penguatkuasa

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan