Pengurusan Kes Rasuah Lima Penjawat Awam Pada 5 Februari

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2015 2:05 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 5 Februari bagi pengurusan kes rasuah yang dihadapi lima penjawat awam dan seorang pesara polis yang didakwa menerima suapan daripada seorang penjual DVD, dua tahun lepas.

Hakim Julie Lack menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Asnawi Abu Hanipah memohon tarikh baharu bagi membolehkan pihaknya melengkapkan dokumen untuk diserah kepada pihak pembelaan.

Pada 20 Oktober tahun lepas, dua anggota polis dan seorang pesara polis iaitu Koperal Shahirul Abdul Hamid, 41, Sarjan Muhd Pakhri Hassan, 55, dan pesara polis Nor Roslan Che Ros, 54, didakwa atas pertuduhan menerima rasuah daripada penjual DVD, Ng Lap Ken.

Turut sama didakwa atas pertuduhan itu ialah Penolong Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Dalam Negeri Alias Md Yusof, 41.

Keempat-empat tertuduh didakwa menerima rasuah daripada Lap Ken, 48, agar tidak mengenakan tindakan terhadapnya yang menjalankan perniagaan VCD dan DVD haram di premis bernombor 89, Jalan Tingkat Kurau 4, Taman Chai Leng dekat sini.

Mengikut pertuduhan Alias didakwa menerima suapan RM1,500; Shahirul (RM500); Nor Roslan (RM250) dan Muhd Pakhri (RM500) daripada Ng dan mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 24 September 2013 dan 17 Oktober 2013.

Sementara itu pada 28 Oktober lepas, Koperal Nordin Kamat, 56, didakwa menerima suapan RM1,150 juga daripada Ng bagi tujuan sama pada jam 10 malam, 28 Oktober 2013.

Pada 5 November lalu, seorang lagi anggota polis iaitu Konstabel Mohd Firdaus Abdullah, 28, turut didakwa menerima suapan RM50 daripada Lap Ken bagi tujuan sama pada jam 10.20 malam, 17 Oktober 2013.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009, jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Nordin diwakili peguam Jason Khor, Shahirul diwakili peguam Abdul Aziz Ibrahim dan Muhd Pakhri diwakili peguam Rafael Abdullah.

Tags / Kata Kunci: rasuah , penjawat awam , DVD , SPRM

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan