Edar Dadah: Lelaki Nigeria Ke Tali Gantung

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Nigeria dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 2150.4 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu ke atas Ibe Godwin Uzochukwu, 37, setelah berpuas hati dengan hujahan pihak pendakwaan yang berjaya mengemukakan kes melampaui keraguan munasabah.

Abdul Halim dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati pembelaan tertuduh lebih bersifat penafian semata-mata.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Laluan Keluar, Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA, kira-kira pukul 4.30 petang pada 1 Julai 2011.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2), akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Sebanyak enam orang saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil sepanjang kes perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam bela Luqman Mazlan.
Tags / Kata Kunci: Dadah , Nigeria

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan