Dua Pengurup Wang Didakwa Tipu Lelaki Warga Indonesia - Berita Mahkamah | mStar

Dua Pengurup Wang Didakwa Tipu Lelaki Warga Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 7:39 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dua pengurup wang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menipu seorang lelaki warga Indonesia berhubung urusan kiriman wang ke Indonesia berjumlah RM5,500 awal bulan ini.

Asrul Zamri, 28, mengaku bersalah manakala Faizal Mohamed Hanifa, 34, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, Asrul dan Faizal bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa menipu Sukanto dengan memperdayakannya dalam urusan kiriman wang ke Indonesia tanpa lesen yang sah dari Bank Negara Malaysia, menyebabkan mangsa menyerahkan wang berkenaan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di The Summit Mall, Persiaran Kewajipan, USJ 1, Subang Jaya di sini pada 12 tengah hari, 3 Disember lepas.

Majistret Surya Wati Shawal membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Jan untuk sebutan dan tarikh jatuh hukum.

Terdahulu, selepas pengakuan direkodkan dalam prosiding itu, berlaku sedikit perbalahan antara Asrul dan Faizal berhubung pengakuan salah Asrul sehingga majistret menegur perbuatan mereka.

Asrul kemudian mengekalkan pengakuan bersalahnya selepas ditanya majistret.

Di mahkamah berasingan, Asrul dan Faizal mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menipu seorang pekerja kontrak warga Indonesia, Rumayang, 43, berhubung urusan kiriman wang ke Indonesia berjumlah RM3,100 di tempat sama pada 11 pagi, 7 Dis lepas.

Majistret KB Elena Hong Tze Lan membenarkan Asrul dan Faizal masing-masing diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport perlu diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 22 Jan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Bukhari Wan Mohd dan Saphirra Selamat manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Stanislaus Vethanayagam.

Tags / Kata Kunci: pengurup wang , tipu warga Indonesia
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan