Lelaki Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii Terhadap Kanak-Kanak

Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 5:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penggangur pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap kanak-kanak berusia 11 tahun di sebuah surau, dua minggu lepas.

Nik Mohd Zamrie Nik Omar, 36, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak perempuan itu di sebuah surau dekat Ampang di sini pada 12 tengah hari, 3 Dis lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan melakukan samun terhadap mangsa sama dengan menunjukkan objek yang menyerupai pistol sehingga menyebabkan mangsa menyerah sebuah telefon bimbit jenis Lenovo dan wang tunai RM6 pada masa dan tempat sama.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noor Fazlin Ab Zawawi tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes tersebut serius.

Bagaimanapun tertuduh merayu mahkamah membebaskannya dengan jaminan atas alasan faktor kesihatan kerana menghidap sakit jantung dan asma.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 27 Jan depan untuk sebutan.

Sementara itu di Mahkamah Majistret, Nik Mohd Zamrie didenda RM2,500 selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki pistol tiruan, minggu lepas.

Majistret Zulyana Zulkapli turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh didakwa memiliki pistol tiruan itu di hadapan kedai makan Restoran Permai, Kampung Tasek Permai, Ampang dekat sini pada 5.30 petang, 11 Dis lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tags / Kata Kunci: Seks Luar Tabii , Mahkamah

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan