CEO APLI, Isteri Didakwa Sampaikan Maklumat Sulit Nilai Saham

Diterbitkan: Isnin, 15 Disember 2014 5:21 PM

Stanley Thai

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pengeluar sarung tangan getah APL Industries Berhad (APLI) dan isterinya, pada Isnin didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan di sini terhadap pertuduhan menyampaikan maklumat sulit nilai saham syarikat itu, tujuh tahun lepas.

Datuk Seri Stanley Thai, 54, dan isterinya Datin Seri Tan Bee Geok, 53, yang juga pengarah eksekutif kumpulan APLI masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Thai yang tersenarai sebagai individu ke-49 terkaya di Malaysia tahun ini, dituduh sebagai orang dalam telah menyampaikan maklumat sulit nilai saham syarikat APLI kepada wakil pemegang lesen jual beli saham Tiong Kiong Choon, 54, yang akan berkecenderungan untuk melupuskan saham APLI itu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 26 dan 29 Oktober 2007.

Hakim Abdul Rashid Daud membenarkan Thai diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin serta menyerahkan pasport kepada mahkamah dan menetapkan 15 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Di Mahkamah Sesyen berasingan, Bee Geok menghadapi pertuduhan menyampaikan maklumat nilai saham syarikat APLI kepada kakaknya, Tan Bee Hong, yang akan berkecenderungan untuk melupuskan sekuriti syarikat APLI itu pada 23 dan 31 Oktober 2007.

Bee Hong, 54, yang merupakan pengurus kanan Apli pula menghadapi pertuduhan  melupuskan 350,000 unit saham APLI yang dipegang dalam akaun Sistem Depositori Pusat miliknya, yang tidak boleh didapati secara umum dan mempunyai kesan material terhadap nilai saham itu di Bursa Malaysia Securities Berhad, Exchange Square, Bukit Kewangan, di sini pada 31 Oktober 2007.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan Bee Geok dan Bee Hong, masing-masing diikat jamin RM250,000 dan RM150,000 dengan seorang penjamin serta pasport mereka diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 15 Januari untuk pengurusan kes.

Pasangan suami isteri itu didakwa mengikut Seksyen 188(3)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 manakala Bee Hong didakwa mengikut Seksyen 188(2)(a) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda minimum RM1 juta, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Sekuriti T. Chelvakumar ,manakala Thai dan isterinya diwakili peguam Datuk K.Kumaraendran dan S.Devanandan dan Bee Hong diwakili peguam Harvinderjit Singh.

Tags / Kata Kunci: APLI , Tan Bee Geok , saham

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan