Prof Dr Rustam Abbas Bebas Tuduhan Guna Dokumen Palsu

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 2:55 PM

Rustam Abbas

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini, Khamis membebaskan bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof Dr Rustam Abbas daripada pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk melanjutkan perkhidmatan kontraknya di universiti milik kerajaan Selangor itu pada 2007.

Keputusan menolak rayuan pihak pendakwaan itu dibuat oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Asnawi Abu Hanipah merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 2 Ogos 2011, untuk melepaskan dan membebaskan Dr Rustam tanpa dipanggil membela diri.

Pembebasan beliau dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 16 Mei tahun ini.

Di Mahkamah Rayuan pada Jumaat, Hakim Md Raus berkata mahkamah melihat tiada sebab untuk mengganggu dapatan fakta yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen.

Panel itu turut dianggotai hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Zakaria Sam dan Vernon Ong Lam Kiat.

Menurut kertas pertuduhan, Dr Rustam, 56, yang kini bersara, didakwa  menyalahi undang-undang dengan menggunakan surat palsu bertarikh 28 Disember 2006 bertajuk"Penyambungan Kontrak Perkhidmatan Sebagai Timbalan Naib Canselor, UNISEL".

Dia didakwa menggunakan surat itu sebagai dokumen tulen di Pejabat Sumber Manusia Kampus Bestari Jaya universiti itu di Kuala Selangor, Selangor pada 12 Julai 2007.

Asnawi sebelum ini berhujah bahawa Dr Rustam, yang juga pemangku naib canselor universiti itu pada masa itu, harus dipanggil untuk membela diri di caj.

Bagaimanapun, peguam Afifuddin Ahmad Hafifi yang mewakili Dr Rustam berhujah bahawa Mahkamah Sesyen menilai bukti dengan penuh berhati-hati dan teliti, dan mendapati kes prima facie tidak dibuktikan terhadap anak guamnya.

Tags / Kata Kunci: Mahkamah Rayuan , Unisel , Rustam Abbas

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan