Mahkamah Rayuan Anugerah RM4.55 Juta Kepada Lima Bekas Tahanan ISA

Diterbitkan: Khamis, 11 Disember 2014 6:56 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini, Khamis  menganugerahkan ganti rugi berjumlah lebih RM4.55 juta termasuk faedah kepada lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ditahan secara tidak sah pada 2001 di bawah akta itu yang kini dimansuhkan.

Mereka ialah anggota Parlimen Batu Tian Chua, aktivis Hishamuddin Rais, Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib, Badaruddin Ismail dan bekas anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrulamin Baharom.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Abdul Wahab Patail, dalam keputusan sebulat suara, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada lima orang itu tetapi membenarkan sebahagian rayuan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan berhubung ganti rugi itu.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusof dan Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid telah mengurangkan jumlah ganti rugi bagi setiap penahanan mereka dari RM15,000 kepada RM10,000 sehari untuk antara 41 hari dan 54 hari.

Mahkamah mengekalkan keputusan mahkamah Tinggi yang memerintahkan Norian, KDN dan kerajaan membayar RM30,000 ganti rugi teruk seorang, berjumlah RM150,000.

Sementara itu, panel juga mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi dalam menganugerah Chua, Hishamuddin, Saari dan Badrulamin sejumlah RM100,000 berhubung kata-kata fitnah yang didakwa dilafazkan Norian pada April 2001 di sidang akhbar berhubung penahanan itu.

Mahkamah juga mengekalkan kos guaman RM200,000 yang Mahkamah Tinggi telah berikan kepada lima orang itu untuk prosiding di Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, untuk prosiding di Mahkamah Rayuan hari ini, panel itu memerintahkan setiap pihak menanggung kos guaman masing-masing.

Peguam Kanan Persekutuan Normastura Ayub mewakili Norian, KDN, dan Kerajaan sebelum ini menyetujui liabiliti berhubung penahanan secara tidak sah itu.

Bagaimanapn, pihak perayu meneruskan rayuan berhubung jumlah ganti rugi RM15,000 sehari yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kepada lima lelaki itu.

Pihak perayu mendakwa anugerah RM15,000 sehari adalah terlalu tinggi.

Mereka juga merayu keputusan Mahkamah Tinggi dalam memerintahkan mereka membayar RM100,000 kepada empat orang kecuali Badaruddin selepas mendapati mereka bertanggung jawab terhadap kata-kata fitnah yang didakwa dilafazkan pada satu sidang akhbar.

Hakim Abdul Wahab, dalam keputusannya, menolak rayuan pihak perayu berhubung fitnah serta rayuan balas lima orang itu tentang anugerah RM100,000 kerana fitnah dan keputusan Mahkamah Tinggi tidak menganugerahkan mereka (lima orang) ganti rugi atas perintah penahanan selanjutnya yang dikeluarkan KDN antara 730 dan 782 hari.

Lima lelaki itu memohon anugerah lebih tinggi sebanyak RM200,000 seorang kerana fitnah.

Kelima-lima mereka yang diwakili peguam Ranjit Singh dan Razlan Hadri Zulkifli ditahan berhubung perhimpunan Black 14 pada April 14, 2001, sebagai memperingati ulang tahun kedua sabitan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atas salah guna kuasa.

Pada 4 April, 2004, mereka menyaman Norian Mai, KDN dan Kerajaan kerana penahanan tidak sah di bawah ISA dan fitnah. 

Pada 2 Oktober, 2012, Mahkamah Tinggi membuat keputusan memihak kepada lima orang itu, dengan menganugerahkan kira-kira RM4 juta tidak termasuk faedah.

Dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, anugerah itu tidak termasuk faedah dikurangkan kepada RM2.78 juta.

Mahkamah Tinggi juga menganugerahkan faedah lapan peratus dari tarikh saman sivil difailkan hingga mahkamah menyampaikan keputusan dan faedah 5 peratus selepas keputusan mengenai jumlah ganti rugi dari tarikh keputusan hingga pembayaran sepenuhya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan