Nurul Izzah, Suami Setuju Dapatkan Hak Penjagaan Bersama Dua Anak

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 5:57 PM

Nurul Izzah (kanan) dan suaminya ketika hadir di mahkamah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim  telah bersetuju secara dasar untuk mendapatkan hak penjagaan bersama terhadap dua anak mereka, yang berusia tujuh dan empat tahun.

Terma-terma lain akan dibincangkan kemudian, dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Muhammad Fateh Saleh menetapkan 15 Januari ini untuk sebutan semula kes itu.

Muhammad Fateh juga menetapkan 15 Januari ini untuk kedua-dua pihak untuk menyelesaikan perceraian mereka melalui Hakam (penimbang tara) sementara menunggu kajian semula laporan jawatankuasa perdamaian yang difailkan oleh peguam Raja Ahmad, Azmi Mohd Rais.

Kajian ini telah difailkan di bawah Seksyen 51 Akta 1993 Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan).

Satu tarikh untuk mengkaji semula laporan jawatankuasa perdamaian akan diketahui dalam tempoh dua hari.

"Anak guam saya telah mengambil keputusan untuk memfailkan semakan laporan jawatankuasa perdamaian kerana beliau merasakan kandungannya tidak adil kepada beliau," kata Azmi kepada pemberita selepas berakhirnya prosiding pada Isnin.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad juga hadir.

Turut hadir ialah Hakam untuk Nurul Izzah, Mohd Khairul Ahmad Jadi. Hakam Raja Ahmad tidak hadir.

Pada Oktober, Mahkamah Rendah Syariah menetapkan 8 Disember ini untuk pelantikan Hakam bagi memuktamadkan perceraian Nurul Izzah, selepas suaminya enggan mengucapkan talak (kenyataan perceraian), mengatakan bahawa beliau masih mencintai isteri dan dua orang kanak-kanak.

Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu telah membuat permohonan untuk hak penjagaan dua anak mereka pada 30 April tahun ini, empat bulan selepas beliau memfailkan permohonan untuk menceraikan Raja Ahmad, yang dikahwininya pada tahun 2003.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan