Wanita Singapura Tipu Bekas Pengasas RHB Dipenjara

Diterbitkan: Khamis, 4 Disember 2014 3:35 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan wanita warga Singapura pada Khamis dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menggunakan dokumen palsu dan menipu bekas pengasas Kumpulan RHB Tan Sri Abdul Rashid Hussain membabitkan kerugian RM7 juta, lima tahun lepas.

Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pembelaan Sharida Abdul Majid, 50, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau berkata keterangan wanita itu bahawa wang yang diberi kepadanya adalah sebagai perjanjian persahabatan dan bukan pelaburan, adalah tidak berasas.

"Sehubungan itu, mahkamah menolak keseluruhan keterangan pembelaan tertuduh dan mendapati tertuduh bersalah serta disabitkan dengan kedua-dua pertuduhan," katanya.

Sharida didakwa menggunakan dua keping bil tunai High Motivations Sdn Bhd bertarikh 28 Sept 2009 yang palsu di Aras 6, Bangunan B, Peremba Square, Saujana Resort di sini di antara 2 Okt 2009 dan 26 Okt 2009.

Bagi kesalahan itu, Hakim Slamat memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 10 tahun.

Wanita itu juga didakwa memperdayakan Abdul Rashid, 68, untuk mempercayai bahawa dia mendapat satu kontrak bernilai kira-kira B$8 juta (Brunei Dollar) (RM18.9 juta) dan menawarkan tokoh korporat itu untuk turut serta dalam pelaksanaan kontrak berkenaan.

Tindakan Sharida itu mendorong Abdul Rashid menyerahkan wang sebanyak RM7 juta melalui tiga cek Standard Chartered Bank sebagai bahagian penyertaan beliau di dalam kontrak itu.

Tags / Kata Kunci: Singapura , RHB

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan