Lelaki Tetak Polis Diarah Jalani Pemeriksaan Mental

Diterbitkan: Rabu, 3 Disember 2014 3:52 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu mengarahkan seorang lelaki yang dituduh mencederakan seorang anggota polis menjalani pemeriksaan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan bagi mengetahui tahap kewarasan mentalnya.

Zawawi Jasni, 28, dituduh sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang anggota polis, Mohd Abdul Halil Osman (umur tidak dinyatakan) dengan menggunakan sebilah parang.

Kejadian berlaku di rumah tertuduh di kampung Kerkau, Pendang kira-kira pukul 4.30 petang 27 November lalu.

Zawawi berpakaian hospital yang kelihatan tenang di kandang tertuduh mengaku tidak bersalah.

Beliau meminta Hakim Ibrahim Osman menuliskan butir-butir arahan terbabit kepadanya selain memberitahu dia sihat dan mahu pulang ke rumah.

Hakim menetapkan 7 Januari depan untuk tarikh sebutan semula kes sambil mendapatkan laporan perubatan mental dan kesihatan tertuduh.

Tags / Kata Kunci: Mahkamah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan