Namewee Pilih Kerja Sosial, Bukan Hukuman Penjara

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 8:20 AM

Namewee (kiri) bersama pengiringnya di mahkamah.

(Ubah saiz teks)

MUAR: Penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee memilih untuk melakukan kerja sosial selama tiga bulan, bukan ke penjara selepas mengaku bersalah menghina seorang pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) kira-kira lima tahun lalu.

Dia yang lebih dikenali sebagai Namewee, mengaku bersalah mengeluarkan kata-kata kesat dalam bahasa Mandarin terhadap Wan Mohd Faizal Wan Hamat.

Dia didakwa di mahkamah yang sama pada 26 Ogos. Wee melakukan kesalahan itu di pejabat TNB di Jalan Temenggong Ahmad di sini kira-kira pukul 10 malam pada 26 Oktober 2009.

Dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Wee, yang memakai kemeja kotak dan seluar jeans dengan topi Beanie, mengaku bersalah di hadapan Hakim Sesyen Roszianayati Ahmad, yang kemudian memberinya pilihan.

Hakim menawarkan kepadanya sama ada mahu menjalani hukuman penjara tiga bulan atau tiga bulan kerja sosial bagi kesalahan itu.

Wee memilih pilihan kedua. Hakim mengarahkannya menjalankan kerja-kerja sosial selama empat jam sehari dalam tempoh tiga bulan akan datang bermula dari tarikh sabitan.

Jika dia tidak berbuat demikian, dia akan dihukum penjara tiga bulan dan wang ikat jamin akan dirampas oleh mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin adalah pendakwa kes manakala peguam Hishamuddin A. Aziz mewakili tertuduh.
Tags / Kata Kunci: Namewee , Wee Meng Chee , kerja sosial

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan