Pegawai Kerajaan Minta Habuan Seks Dihadap Ke Mahkamah

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 11:55 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang Pegawai Tadbir di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan meminta dan cuba memperoleh layanan seks sebagai dorongan untuk membantu meluluskan permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di negeri ini.

Bagi pertuduhan pertama, Heris Saad, 56, didakwa secara rasuah meminta suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk mempercepatkan proses permohonan rumah PPRT di Kentucky Fried Chicken, Jalan Limbong Kapal di sini pada 10 Nov lalu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Heris juga dituduh cuba memperoleh suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk tujuan sama pada 13 Nov lalu di Hotel Royale Jalan Putra di sini kira-kira pukul 2.45 petang.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mengikut Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, bagi pertuduhan kedua.

Tertuduh, yang diwakili peguam Amir Faliq Mohd Jamil, mengangguk faham ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Hakim Azhar Mokhtar menetapkan 30 Dis ini untuk sebutan semula kes dan penyediaan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Syahrul Khuzaimi Amiruddin.

Tags / Kata Kunci: Mahkamah , Keda , Pegawai Tadbir

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan