Dua Beradik Didakwa Tipu Invois Bernilai RM8 Juta

Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 2:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua beradik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa terhadap 11 pertuduhan mengemukakan invois palsu berhubung urusan pembelian barangan elektronik berjumlah hampir RM8 juta, empat tahun lepas.

Lim Ann Kok, 60, yang merupakan pemilik sebuah syarikat kejuruteraan dan adiknya, Lim Ann Liang, 47, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Mereka didakwa dengan niat bersama memberi invois J&M Power Resources Sdn Bhd, yang mengandungi pernyataan palsu mengenai pembekalan Electronic Dimmabe Ballast 26-42W melibatkan nilai antara RM192,400 hingga RM1.46 juta.

Invois itu bertujuan mendapatkan kemudahan Bankers Acceptance dari pihak Maybank.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Pudu Trade Finance Centre antara 31 Dis 2008 hingga 6 Okt 2011.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Nidzam Wan Omar menawarkan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan meminta pasport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Ashok Kandiah memohon pasport kedua-dua mereka tidak ditahan atas alasan anak perempuan Ann Kok menerima rawatan di New Zealand dan dia berulang alik untuk menjaga anaknya di sana manakala Ann Liang pula mempunyai urusan perniagaan di Singapura.

Selain itu Ashok berkata jumlah jaminan RM100,000 bagi setiap tertuduh disifatkan munasabah kerana anak guamnya itu memberi kerjasama ketika siasatan dilakukan.

Hakim Rosbiahanin membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan mereka perlu menyerahkan pasport tetapi diberi kebebasan untuk memohon bagi mendapatkan pasport jika diperlukan.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Jan ini untuk sebutan semula kes.


Tags / Kata Kunci: Mahkamah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan