Ejen Pelaburan Mengaku Tidak Bersalah Terhadap Enam Tuduhan Pecah Amanah

Diterbitkan: Isnin, 1 Disember 2014 4:05 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang ejen pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen 1 dan Mahkamah Sesyen 2 di sini, Isnin terhadap enam pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan wang tunai berjumlah RM1,283,000 pada 2009.

Kee Kim Beng, 51, seorang master Program Pelaburan Emas bagi syarikat Tignet Gold City Sdn Bhd dan Tignet Gold Global Sdn Berhad, dituduh melakukan pecah amanah RM1 juta di nombor 7424, Tingkat Satu, Gold City Management Sdn Bhd, Jalan Raja Uda, Taman Tanjung Jaya pada 29 September 2009.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh melakukan pecah amanah RM20,000 di Public Bank, Cawangan Jalan Raja Uda pada 21 Oktober 2009, manakala bagi pertuduhan ketiga, dia dituduh melakukan pecah amanah RM30,000 di Standard Chartered Bank, Cawangan Jalan Raja Uda pada 25 November 2009.

Bagi pertuduhan keempat, Kee dituduh melakukan pecah amanah RM50,000 di Public Bank, Cawangan Jalan Raja Uda pada 30 Julai 2009 dan bagi pertuduhan kelima, dia dituduh melakukan pecah amanah RM150,000 di nombor 11, Tingkat 1&2, Syarikat Tignet Gold Global Sdn Bhd, Jalan Usahawan 2, Pusat Perniagaan Kepala Batas pada 11 September 2009.

Bagi pertuduhan keenam pula, dia dituduh melakukan pecah amanah RM33,000 di tempat sama pada 2 Oktober 2009.

Bagi kesemua pertuduhan itu, Kee didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara antara dua tahun dan 20 tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga berlangsung di Mahkamah Sesyen 1, Hakim Julis Lack menetapkan jaminan RM250,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Bagi pertuduhan keempat hingga keenam di Mahkamah Sesyen 2, Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan jaminan RM150,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mazyiah Mansor manakala tertuduh diwakili peguam bela Nadim Gulam Rasul.
Kedua-dua mahkamah menetapkan 13 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan