Dua Guru SJKT Didakwa Miliki Soalan Matematik & sains UPSR 2014

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 5:39 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Dua guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Khamis atas tuduhan memiliki salinan kertas soalan Matematik dan Sains, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 secara tidak sah, September lepas.

Tertuduh pertama, P. Uma Mageswari, 27, guru mata pelajaran Bahasa Tamil dan Inggeris di SJKT Keruh dekat Pengkalan Hulu itu didakwa memiliki salinan kertas soalan UPSR bagi subjek Sains 018 di dalam telefon pintarnya, jenis Samsung Ace di sekolah tersebut pada 12.39 tengah hari, 10 September lepas.

Tertuduh kedua, K. Anparasu, 50, Penolong Kanan Pentadbiran SJKT Keruh, didakwa atas tiga pertuduhan memiliki salinan kertas soalan UPSR bagi subjek Matematik 035/1 serta Matematik 035/2 dan Sains 018 di dalam telefon pintarnya, jenis Samsung Trend antara 8.29 pagi dan 9.43 pagi, pada 9 dan 10 September lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan tidak melebihi tujuh tahun.

Hakim Johari Hassan membenarkan Uma diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dengan syarat dia perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap minggu sehingga kes selesai manakala Anparasu diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 18 Disember ini sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam T. Ellanggoran.

Tags / Kata Kunci: soalan bocor , UPSR

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan