Kes Empat Individu Didakwa Beri Sokongan Kepada IS Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 5:31 PM

Seorang wanita Ummi Khalsom Bahok, 25, yang didakwa atas pertuduhan cuba menjadi anggota kumpulan militan digelar Negara Islam (IS) dibawa menaiki van untuk kembali ke lokap oleh anggota Polis dari bangunan Mahkamah Sepang di pekan Salak Tinggi di Sepang pada Khamis. --Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kes tiga lelaki dan seorang wanita yang didakwa cuba memberi sokongan kepada kumpulan militan Negara Islam (IS) hari ini dipindahkan dari Mahkamah Sesyen di sini ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dua kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Aizatul Akmal Maharani manakala dua lagi kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim di sini.

Aizatul Akmal memindahkan kes Ummi Khalsom Bahak, 25, dan Mohamad Yusoffe Ishak, 26, ke Mahkamah Tinggi selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Aifanizam Abdul Aziz untuk memindahkan kes itu mengikut Seksyen 177A (1)
Kanun Acara Jenayah.

Ummi Khalsom didakwa cuba menjadi anggota kumpulan militan itu dengan mengambil penerbangan pesawat AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di Sepang ke Brunei dan Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan anggota kumpulan itu, Aqif Huessin Rahaiza.

Ummi Khalsom, seorang penolong pegawai kredit, turut didakwa terhadap pertuduhan pilihan iaitu dengan cara mengambil penerbangan pesawat AirAsia dari klia2 ke Brunei kerana cuba memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria dari Brunei ke Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan Aqif Huessin bagi manfaat kumpulan itu.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di kaunter Imigresen Balai Pelepasan Antarabangsa klia2 pada 5.20 pagi, 5 Okt 2014, mengikut Seksyen 130J9(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J.

Ia memperuntuk hukuman penjara tidak lebih daripada setengah daripada tempoh hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun, atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Mohamad Yusoffe Ishak, 26, pula didakwa cuba memberi sokongan kepada kumpulan militan itu dengan mengambil penerbangan ke Istanbul, Turki dan dia juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke Istanbul dalam percubaan untuk memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria melalui Istanbul bagi manfaat kumpulan itu.

Mohamad Yusoffe, seorang jurutera, didakwa melakukan kesalahan itu di Kaunter Imigresen, Balai Pelepasan KLIA pada 8.55 pagi, 25 Sept lepas.

Di hadapan Hakim Noor Hafizah pula, arkitek Mohd Syafrein Rasid, 26, dan peniaga Mohd Rosmadi Che Daud, 42, didakwa terhadap pertuduhan sama dengan Mohamad Yusoffe di tempat dan pada tarikh serta waktu yang sama.
 
Mereka didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang membawa hukuman penjara 15 tahun atau denda jika sabit kesalahan

Hakim Noor Hafizah kemudian membenarkan kes kedua-dua tertuduh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar mengikut seskyen yang sama.

Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan untuk keempat-empat kes itu di Mahkamah Tinggi.

Ummi Khalsom diwakili peguam Hanif Hassan, Mohamad Yusoffe pula diwakili Nasul Hadi Mat Saad, dan Mohd Syafrein Rasid diwakili Mohd Faizal Nizam serta Rosmadi diwakili Ahmad Kamal Abu Bakar.

Tiada pengakuan direkodkan dari kesemua tertuduh kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tags / Kata Kunci: IS , beri sokongan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan