Rakan Anwar Tawar RM100 Juta Lompat Parti - Anifah

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 3:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, bahawa seorang kawan rapat Anwar Ibrahim telah menawarkan kepadanya RM100 juta untuk bawa 10 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah melompat parti.

Anifah, 61, berkata, rakan Anwar iaitu bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif KFC, Datuk Ishak Ismail telah mendekatinya ketika dia sedang merokok bersama Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan yang lain untuk membuat tawaran itu di Hotel Sentral pada Mei 2008.

"Saya terperanjat dan marah. Saya rasa terhina kerana telah berkhidmat untuk Barisan Nasional sebagai ahli parlimen selama tiga musim," katanya ketika memberi keterangan berhubung saman RM100 juta yang difailkan Anwar terhadapnya.

Anwar memfailkan saman terhadap Anifah @ Haniff Amman berikutan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah yang dibuat beliau di luar negara.

Tags / Kata Kunci: Mahkamah , Menteri Luar , Anwar Ibrahim

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan