Kad Anggota KRK Nama Tertuduh Dijumpai Dalam Beg - Saksi

Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 6:40 PM

Pasukan Gerakan Am sentiasa dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan di simpang Masuk Ke Kampung Tanjung Labian pada Februari tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Antara barang yang dijumpai di dalam beg plastik yang dibuang seorang lelaki yang ditangkap Batalion 17 Pasukan GerakanAm (PGA) di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pada 3 Mac tahun lepas ialah kad keanggotaan sebuah pertubuhan.

Inspektor Zairie Surani, 29, memberitahu demikian kepada Mahkamah Tinggi pada Selasa ketika memberi keterangan dalam perbicaran 30 orang yang menghadapi pelbagai tuduhan berkaitan pencerobohan di Lahad Datu pada Februari tahun lepas.

Saksi itu, yang juga komander platun batalion berkenaan, berkata kad berkenaan kepunyaan sebuah kumpulan persaudaraan di Tawi-Tawi, Filipina dikenali sebagai 'Knights of the Right Keepers' atau Kappa Rho Kappa (KRK).

Kad itu mengandungi nama Atik Hussin Abu Bakar, lelaki yang ditangkap PGA dan seorang daripada tertuduh yang dibicarakan.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff tentang kad itu,Zairie membaca dengan lantang kandungannya, yang bermaksud: "Saya seorang KRKean. Saya serahkan jasad dan nyawa saya kepada KRK...Saya yakin dengan tugas KRK yang tiada penghujungnya.

"Saya akan sokong dan pertahan objektif KRK. Saya menjadi KRKean demi kebaikan, manfaat dan kemakmuran semua saudara saya. Saya berjuang bukan kerana mengharapkan kemegahan, cuma atas nama semangat persaudaraan, keamanan dan perpaduan."

Zairie berkata kad itu juga mengandungi perkataan 'Republic of the Philippines' dan 'Bongao, Tawi-Tawi'.

Terdapat juga kad pengesahan KRK di dalam beg itu, yang mengandungi nama Atik Hussin, katanya.

Saksi berkenaan juga mengenal pasti sebilah parang berong yang patah hulunya dengan huruf 'K' terukir pada sarungnya, sama seperti senjata yang dijumpai di dalam beg yang dibuang Atik Hussin.

Sebanyak 27 rakyat Filipina dihadapkan ke mahkamah itu dengan pelbagai pertuduhan.

Ia termasuk menjadi anggotai sebuah kumpulan pengganas, melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau dengan sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota sebuah kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April tahun lepas.

Perbicaran di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung pada Rabu.

Tags / Kata Kunci: KRK , Lahad Datu

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan