Anggota Ketiga Disyaki Militan Didakwa

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 7:45 AM

Mohamad Fauzee didakwa di Mahkamah Sepang kerana disyaki terlibat dengan IS.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota ketiga militan yang kembali dari Syria didakwa di Mahkamah Sepang kerana menyokong  kumpulan pengganas Negara Islam (IS).

Mohamad Fauzee Ahmad,46, didakwa memasuki Syria bagi memberi sokongan kepada aktiviti kumpulan tersebut serta terlibat dengan senjata api dan bahan letupan pada 29 hingga 18 September.

Tindakannya tersebut dilihat boleh menyemarakkan lagi perjuangan keganasan serta membahayakan nyawa rakyat Syria.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh didakwa mengikut Seksyen 130J (1) (b) Kanun Keseksaan boleh dihukum sehingga 30 tahun penjara, denda atau merampas apa-apa aset yang disyaki digunakan untuk aktiviti-aktiviti pengganas.

Tiada pengakuan direkodkan. Mohamad Fauzee hanya mengangguk, menunjukkan dia memahami pertuduhan yang dibaca.

Hakim Nor Haffizah Mohd Salim menetapkan 15 Januari untuk sebutan sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff sebagai pendakwa kes itu.

Sumber mendedahkan bahawa Mohamad Fauzee adalah orang ketiga yang  ditangkap selepas pulang dari Syria yang dilaporkan berjuang untuk IS.

Dua lagi ditahan dan didakwa ialah Muhammad Fauzi Misrak, 32, dan pembantu kedai roti Mohammad Na'im Abd Rashid, 26.

Mereka didakwa pada 11 November lalu.

Difahamkan kedua-dua mereka telah didakwa berjuang untuk IS antara 13 Disember tahun lalu dan 14 Julai.

Kes Muhammad Fauzi akan disebutan semula kes 19 Disember manakala kes Mohammad Na'im pada 15 Disember.

Kedua-dua mereka ditahan bersama-sama dengan 12 orang lain dalam satu serbuan besar-besaran yang disyaki terlibat dengan aktiviti di antara 15 Oktober dan 17 Oktober.

Sehingga kini,  Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman telah menahan 38 rakyat Malaysia yang disyaki memberikan sokongan kepada IS sejak April.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, polis masih memburu lima lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan IS dan Abu Sayyaf, sebuah kumpulan pengganas yang berpangkalan di Filipina.

Bekas pensyarah Dr Mahmud Ahmad (juga dikenali sebagai Abu Handzalah) dan pemilik kedai runcit Mohd Najib Husen, kedua-duanya 36, dipercayai pemimpin kumpulan militan yang melatih dan menghantar anggota untuk berperang di Syria dan Iraq.

Ahli ketiga yang dicari itu adalah bekas pekerja Majlis Perbandaran Selayang Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, yang juga dikenali sebagai Abu Nur.

Dua lagi lelaki yang dikehendaki ahli-ahli Darul Islam Sabah Mohd Amin Baco, 31, dan Jeknal Adil, 30.

Khalid menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat tampil menghubungi balai polis berhampiran atau 03-2266 7010, 011-2104 6850 atau e-mel polis di CTD.E8M@gmail.com.

Tags / Kata Kunci: Kumpulan Militan IS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan