Rizalman Nafi Dakwaan Serangan Seksual, Pecah Rumah - Berita Mahkamah | mStar

Rizalman Nafi Dakwaan Serangan Seksual, Pecah Rumah

Diterbitkan: Jumaat, 21 November 2014 11:27 AM

Rizalman berlari ke arah teksi yang sedang menunggu di luar mahkamah di Wellington. -AFP

(Ubah saiz teks)

WELLINGTON: Bekas diplomat Malaysia di New Zealand yang dituduh melakukan serangan seksual menafikan pertuduhan terhadapnya dan minta dibicarakan ketika hadir di mahkamah, Jumaat.

Rizalman Muhammad Ismail, 38, telah diekstradisi ke New Zealand pada bulan lepas selepas meninggalkan negara ini di bawah kekebalan diplomatik, ketika pertama kali didakwa pada bulan Mei.

Semasa pendengaran terbaharunya di mahkamah, bekas pegawai waran II itu menafikan tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan dengan niat untuk melakukan perlanggaran seksual dan seterusnya akan hadir semula di mahkamah pada Februari.

Dalam penampilannya di mahkamah sebelum ini, Rizalman berada di bawah jaminan di satu alamat yang tidak didedahkan tetapi terpaksa menyerahkan pasportnya dan berada di bawah perintah berkurung pada waktu malam.

Dia dituduh mengancam dan cuba merogol seorang wanita berusia 21 tahun di rumahnya di pinggir bandar Wellington, lokasi di mana letaknya Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Rizalman, yang merupakan seorang atase pertahanan di suruhanjaya tinggi, berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika didapati bersalah.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan