19 Disember Keputusan Kassim Ahmad Cabar Tindakan Jawi

Diterbitkan: Rabu, 19 November 2014 12:02 AM

Kassim Ahmad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini menetapkan 19 Disember ini untuk keputusan terhadap permohonan bekas aktivis sosial dan politik Dr Kassim Ahmad bagi semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan mendakwanya di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan oleh peguam Rosli Dahlan, yang mewakili Kassim, dan peguam kanan persekutuan Suzana Atan dan Maisarah Juhari.

Suzana dan Maisarah mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Ibrahim Deris, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi dan Kerajaan Malaysia,
Terdahulu, Rosli dalam penghujahannya berkata tindakan Jawi mendakwa Kassim atas pertuduhan menghina agama Islam adalah tidak sah.

Beliau berhujah bahawa Jawi tidak mempunyai bidang kuasa untuk menjalankan pendakwaan melangkaui bidang kuasa terhadap Kassim.

Selain itu, Rosli berhujah bahawa waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Putrajaya adalah bercanggah dengan Akta Syariah Wilayah Persekutuan dan Enakmen Syariah Negeri Kedah.

Rosli juga berhujah bahawa tidak ada laporan maklumat pertama atau aduan sebelum siasatan kes itu bermula.

"Ini berdasarkan keengganan Jawi atau ketua pendakwa Syarie untuk menyediakan laporan atau aduan.

"Kegagalan untuk mematuhi Seksyen 2 dan Seksyen 74 Kanun Tatacara Jenayah Wilayah Persekutuan menyebabkan keseluruhan proses siasatan dan tindakan penguatkuasaan sebagai tidak sah," katanya.

Rosli berkata semakan kehakiman dilakukan untuk menghalang pendakwaan yang bercanggah dengan undang-undang terhadap Kassim.

Beliau berhujah bahawa Jawi bertindak secara "mala fide" dengan mengenepikan
kebebasannya tanpa perhatian sewajarnya, hemat, dan bertanggungjawab walaupun mengetahui dia berumur 82 tahun dan tidak harus tertakhluk kepada penahanan selama lebih 27 jam.

Sementara itu, Suzana berkata mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar isu-isu berhubung dengan agama Islam.

Beliau berkata bahawa hanya mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menangani isu itu terhadap Kassim.
Beliau berkata ini dijelas termaktub dalam jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara ini, hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif," kata beliau.

Maisarah berhujah bahawa jika Kassim tidak berpuas hati dengan semua prosedur daripada laporan maklumat pertama yang diterima, pengeluaran waran tangkap dan pelaksanaan waran geledah, dia harus menggunakan Mahkamah Tinggi Syariah yang mempunyai kuasa penyemakan dan penyeliaan untuk membuat semakan dan mengeluarkan arahan yang berkaitan bagi menuntut keadilan.

Bagaimanapun, beliau berkata Kassim tidak mengemukakan permohonan seumpama itu di bawah Akta Pentadbiran Syariah.

Maisarah juga berhujah bahawa permohonan Kassim bagi semakan kehakiman berhubung dengan waran tangkap dan waran geledah yang dikeluarkan serta keputusan Jawi untuk mendakwanya kerana dikatakan menghina agama Islam adalah bersifat akademik.

"Ia bersifat akademik kerana dia di dakwa di Mahkamah Tinggi Syariah," katanya.

Peguam itu juga berkata Kassim gagal membuktikan bahawa ada isu bersifat "nyata" jika deklarasi seumpama itu dalam semakan kehakimannya diberikan kepada beliau.

Beliau berkata andaian bahawa Kassim tidak dimaklumkan mengenai pertuduhan ke atasnya adalah bohong semata-mata dan ia terkandung dalam laporan polis yang dibuat pada 26 Mac.

Pada 24 Julai, Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan Kassim untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk mencabar tindakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan menangkap dan mendakwanya di Mahkamah Syariah atas alasan bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan itu.

Pada 14 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kassim mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman dengan memutuskan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes itu dan bahawa perkara itu tertakluk secara eksklusif di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan selepas membenarkan bantahan awal oleh Jabatan Peguam Negara terhadap permohonan Kassim untuk memohon kebenaran.

Kassim, mengemukakan permohonan itu pada 26 Jun, bagi memohon antara lain perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan ketua pendakwa Syarie pada 27 Mac bagi pertuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa.
Kassim juga memohon supaya prosiding kesnya di Mahkamah Tinggi Syariah, Putrajaya, ditangguh sementara menunggu keputusan semakan kehakiman.

Beliau jyuga memohon perintah untuk mengetepikan tindakan dan keputusan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menyerbu, , menggeledah dan menyita bahan terbitannya, dan menahannya dan mengeluarkannya dari Kedah dan membawanya ke Wilayah Persekutuan.

Selain itu, beliau juga memohon perintah untuk mengetepikan semua waran tangkap, geledah dan sita serta bon yang dikenakan terhadapnya dan pengisytiharan bahawa tindakan para pegawai Jawi dan pendakwa adalah melampaui bidang kuasa mereka.

Beliau juga mendakwa bahawa tindakan itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Syariah Wilayah Persekutuan dan Enakmen Syariah Negeri Kedah dan memohon pengisytiharan bahawa fatwa (fatwa Islam) yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan hanya terpakai kepada pemastautin di Wilayah Persekutuan.
Tags / Kata Kunci: Kassim Ahmad , Jawi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan