Warga China Mengaku Salah Suap RM800 Kepada Penguat Kuasa Lebuh Raya

Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 7:28 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menjatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 terhadap seorang jurujual warganegara China selepas mengaku salah memberi suapan RM800 kepada peronda lebuh raya, enam hari lepas.

Liu Weizhong, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Madihah Harullah selepas pertuduhan dibacakan. 

Lelaki itu didakwa memberi suapan tersebut kepada seorang peronda penguat kuasa lebuh raya berpangkat lans koperal supaya tindakan undang-undang tidak diambil terhadapnya.

Ia didapati membawa 237 botol minuman keras pelbagai jenama, yang disyaki tidak dibayar duti kastam dalam sebuah kereta Proton Wira. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 193 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur keluar plaza tol Bukit Merah dekat Bagan Serai, pada pukul 11 malam, 12 November lepas. 

Jurujual itu didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, ia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi. 

Hakim turut memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda RM10,000 itu manakala wang suapan RM800 dilucut hak dan dimasukkan dalam hasil kerajaan Malaysia. 

Mahkamah juga turut memerintahkan pasport dikembalikan kepada tertuduh kerana ia masih sah sehingga Rabu. 

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya A Hafiizh Abu Bakar, manakala tertuduh diwakili peguam K.C Lai.

Tags / Kata Kunci: Liu Weizhong , Madihah Harullah , suapan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan