Penggunaan Kalimah Allah: Mahkamah Persekutuan Tetapkan 21 Januari Dengar Semakan Kehakiman

Diterbitkan: Isnin, 17 November 2014 1:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Januari depan untuk mendengar permohonan semakan semula kehakiman Gereja Katolik terhadap keputusan yang menafikan kebenaran terhadap pengharaman penggunaan kalimah Allah terbitan akhbar mingguan Katolik berbahasa Melayu, The Herald. 

Pada 23 Jun tahun ini, panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan, yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria mencapai keputusan majoriti 4-3 ketika menolak permohonan Gereja Katolik itu. 

Gereja Katolik mengemukakan permohonan itu untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober tahun lepas yang membenarkan rayuan kerajaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 bahawa The Herald boleh menggunakan kalimah Allah.
Tags / Kata Kunci: kalimah Allah , The Herald , Gereja Katolik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan