Hilang Penglihatan, Pelajar UiTM Saman Pengarah Hospital Dungun

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 7:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar jurusan pentadbiran awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Jumaat memfailkan saman terhadap Pengarah Hospital Dungun dan dua pihak lagi kerana cuai hingga menyebabkan beliau hilang penglihatan.

Nur Laila Md Yusof, 21, memfailkan writ saman tersebut di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini menerusi Tetuan T. Vijay & Co.

Anak kedua daripada tiga beradik itu hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini ditemani ibu dan bapanya serta diwakili peguam T. Vijayandran. 

Nur Laila menamakan Pengarah Hospital Dungun, Dr Tan Kian Kheng dan kerajaan sebagai defendan pertama hingga ke tiga. 

Menerusi pernyataan tuntutan, Nur Laila yang belajar di UiTM cawangan Dungun mendakwa pada 13 November tahun lepas beliau mengalami demam dan mendaftarkan diri di Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan.

Beliau mendakwa telah dirawat oleh Dr Tan dan diberi enam jenis ubat termasuk T Amoxycillin, Syp Benadryl, CMC eye dan Hydrocortisone cream dan pada hari yang sama beliau pulang ke Kuang, Rawang (rumah keluarga).

Ketika itu beliau mendapati keadaannya bertambah buruk dan mengalami tanda-tanda suhu badan yang panas melampau serta kulit mengeluarkan bintik merah seperti cacar air.

Dakwanya, keadaan kulit menjadi semakin teruk dan telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 18 Nov tahun lepas. Setelah diperiksa, beliau didapati mengalami alahan Toxic Epidermal Necrolysis terhadap ubat antibiotik Amoxycillin yang diberi oleh Dr Tan.

"Kesan reaksi alahan tersebut telah menyebabkan fungsi kedua-dua belah mata terjejas teruk hingga mata kanan terpaksa dibuang, juga terdapat kesan lecuran dan kesakitan yang teruk akibat kecuaian defendan-defendan," katanya dalam pernyataan tersebut.

Nur Laila menuntut faedah, kos dan relif yang sesuai oleh mahkamah. Tiada jumlah tuntutan dinyatakan di dalam saman itu.

Ketika ditemui pemberita bapa Nur Laila, Md Yusof Abd Kadir berkata anaknya terpaksa menangguhkan pengajian buat sementara waktu kerana kesukaran melihat dan akan ke Hospital Serdang minggu hadapan bagi rawatan susulan.

Peguam Vijayandran pula memberitahu bahawa writ saman tersebut akan diserahkan kepada semua defendan pada minggu hadapan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan