Pegawai Kanan Kerajaan Direman Bantu Siasatan Minta Layanan Seks

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 3:07 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat memperoleh perintah Mahkamah Majistret di sini untuk menahan reman seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta habuan berupa layanan seks.

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan oleh pegawai SPRM di sebuah hotel di Jalan Putra di sini pada kira-kira 2 petang Khamis.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Umzarul An-Nur Umar bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Dia dipercayai meminta layanan seks daripada ibu-ibu tunggal sebagai habuan untuk membantu meluluskan permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kedah.

Tangkapan berkenaan dibuat selepas SPRM menjalankan intipan sejak beberapa bulan lalu dan difahamkan antara yang menjadi mangsa ialah ibu tunggal berusia 20-an.


Tags / Kata Kunci: SPRM , layanan seks , PPRT

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan