Kastam Diarah Bayar Lebih RM500,000 Kepada Ramunas

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 7:37 PM

Pengarah Syarikat Ramunas Sdn Bhd (Ramunas), Roslan Abu Bakar, 50, (kanan) keluar dari mahkamah bersama peguamnya selepas mahkamah mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membayar ganti rugi lebih setengah juta ringgit kepada Ramunas Sdn Bhd (Ramunas) kerana menutup pejabat serta menyita 23,347 karton rokok milik syarikat berkenaan secara salah, empat tahun lepas, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi pada Jumaat mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membayar ganti rugi lebih setengah juta ringgit kepada Ramunas Sdn Bhd (Ramunas) kerana menutup pejabat dan menyita 23,347 karton rokok milik syarikat itu secara salah, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wan Arfah Wan Ibrahim ketika membuat keputusan itu dalam kamarnya memerintahkan empat defendan iaitu JKDM dan tiga pegawai jabatan berkenaan membayar RM543,120 kepada pihak plaintif.

Ramunas yang menjalankan perniagaan mengimport rokok keretek itu dinamakan sebagai plaintif pertama manakala pemilik serta pengarah syarikat berkenaan, Roslan Abu Bakar, 50, sebagai plaintif kedua.

Pihak plaintif menamakan dua pegawai JKDM, Kamaruddin Jusoh dan Mohd Sukri Jusoh selaku defendan pertama dan kedua manakala Penolong Kanan Pengarah Kastam 1, Mohamad Sapian Sanusi sebagai defendan ketiga.

Peguam R. Ravendran yang mewakili plaintif ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memaklumkan ganti rugi tersebut merangkumi bayaran sebanyak RM473,120 bagi nilai barangan manakala RM50,000 untuk ganti rugi am dan RM20,000 sebagai bayaran kos.

JKDM diwakili peguam kanan persekutuan Andi Razalijaya A Dadi.

Pada 23 November 2010, Roslan memfailkan saman terhadap jabatan kerajaan itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM15 juta daripada pihak defendan.

Dalam pernyataan tuntutan tersebut, plaintif mendakwa pihaknya memperoleh kebenaran eksklusif membeli rokok keretek jenama Club dari Indonesia pada 30 Mac 2009 malah pada hujung tahun 2008, Ramunas juga telah menerima pengesahan sebuah syarikat yang berpangkalan di Thailand untuk membeli rokok berkenaan.

Ramunas juga mndakwa telah dinasihatkan JKDM untuk membeli dan melekatkan label cukai ke atas setiap kotak rokok sebelum membawa masuk rokok tersebut dari Indonesia ke negara ini untuk dihantar ke Thailand.

Berikutan itu pada 7 Januari 2010, pihak plaintif membuat permohonan pembelian label cukai dan mendapat kelulusan daripada Cawangan Perolehan Pejabat Kastam Wilayah Persekutuan dan Ibu Pejabat JKDM. 

Bagaimanapun, pada 27 September 2010, Roslan mendapati premis perniagaannya yang terletak di Subang Business Centre, Subang Jaya dekat sini ditutup dan terdapat notis larangan oleh JKDM bertarikh 24 September tahun sama ditampal di pejabat berkenaan.

Roslan turut mendakwa Mohamad Sapian mengarahkan supaya 23,347 karton rokok keretek yang disimpan di Gudang Konsortium Westport Distripark, Pelabuhan Klang dekat sini dan di gudang Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis (NCER), Perlis dirampas pada tarikh yang sama.

Susulan rampasan tersebut, Ramunas mendakwa kontrak penjualan rokok keretek ke Thailand oleh syarikat itu telah dibatalkan menyebabkan mereka mengalami kerugian yang dianggarkan RM14,470,400 selain kehilangan peluang perniagaan, keuntungan dan modal ekoran kejadian berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan