Amah Indonesia Dipenjara & Diusir Aniaya Kanak-Kanak OKU

Diterbitkan: Jumaat, 14 November 2014 4:28 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan mengusir pulang seorang pembantu rumah warga Indonesia kerana menganiaya seorang kanak-kanak kurang upaya (OKU) di Kota Kemuning sejak Februari hingga Mei lepas.

Majistret Farah Azura Mohd Saad menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Tini Martini, 39, setelah didapati bersalah melakukan penganiayaan yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal serta gangguan emosi terhadap kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun itu.

Farah Azura dalam penghakimannya turut memerintahkan tertuduh disenarai hitam daripada memasuki semula negara ini.

Tertuduh yang kelihatan sedih dengan keputusan itu, melahirkan rasa kesal atas perbuatannya dan meminta maaf selain berjanji tidak akan mengulangi tindakan yang sama pada masa depan.

Tini didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Seksyen 31, Kota Kemuning mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Menurut fakta kes, tertuduh didakwa menganiaya kanak-kanak OKU tersebut dengan cara mengheret, memukul, mengetuk kepala dan memijak kaki mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Rohaida Che Hamid manakala Tini diwakili peguam Nur Elissa Baharudin.
Tags / Kata Kunci: Farah Azura Mohd Saad , Tini Martini

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan