Khir Toyo Tarik Balik Saman Fitnah Berhubung Isu Banglo

Diterbitkan: Khamis, 13 November 2014 12:26 PM

Dr Mohamad Khir Toyo.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini membatalkan saman fitnah RM10 juta oleh bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo terhadap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sekinchan Ng Suee Lim berhubung pemilikan sebuah banglo mewah. 

Saman itu dibatalkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azimah Omar setelah Mohamad Khir selaku plaintif, menarik balik saman itu.

"Tiada perintah melibatkan kos dalam kes ini," kata peguam mewakili Ng, M.Manoharan ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding di sini, Khamis.

Dr Mohamad Khir, dalam samannya yang difailkan pada 7 Jan 2010, mendakwa Ng cuba mencemarkan imejnya menerusi satu kenyataan, termasuk dalam media, berhubung pemilikan sebuah banglo. 

Ng, dalam kenyataan pembelaannya, antara lain mendakwa beliau mempunyai justifikasi bersyarat untuk mendedahkan sebarang penyalahgunaan kuasa oleh bekas menteri besar itu.

Pada 6 Julai 2009, Adun daripada DAP itu mendakwa Dr Mohamad Khir membelanjakan kira-kira RM24 juta untuk membeli sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam sedangkan pendapatan beliau dianggarkan hanya RM576,000 setahun, atau sejumlah RM4.6 juta dalam tempoh lapan tahun beliau menyandang jawatan.

Dr Mohamad Khir yang diwakili peguam M.Athimulan menafikan dakwaan itu dan berkata banglo berkenaan berharga hanya RM3.5 juta dan dibeli menggunakan pinjaman bank selama 30 tahun. 

Mahkamah Rayuan pada Mei tahun lepas mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap Dr Mohamad Khir atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini.
 
Mahkamah turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember 2011 lepas yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan.

Tags / Kata Kunci: Dr Mohamad Khir Toyo , banglo mewah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan