Warga Liberia Didakwa Tinggal Lebih Masa

Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 2:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki warga Liberia yang mendakwa datang ke Terengganu untuk menjadi pemain bola sepak pasukan T-Team dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Rabu atas pertuduhan tinggal lebih masa di negara ini.

Luseni Gabriel Smith, 31, yang ditahan di kawasan Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di sini pada kira-kira 9.45 pagi, 8 Oktober lepas, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(4) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, siasatan mendapati tertuduh mendakwa datang ke Malaysia tanpa ejen untuk mencuba nasib menjadi pemain import T-Team untuk Liga Malaysia musim depan.

Tertuduh juga mendakwa akan tinggal di negara ini sementara menunggu sesi temuduga bagi mendapatkan status pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) pada tahun 2017.

Smith menangis teresak-esak ketika mengemukakan rayuan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Hakim menetapkan 24 November ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu pengesahan daripada UNHCR dan tertuduh kini direman di Penjara Marang.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Imigresen Mohd Hafiz Jaafar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Tags / Kata Kunci: Liberia , T-Team

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan