Bekas Pengarah Urusan, Ahli Perniagaan Didakwa Buat Tuntutan Palsu RM1.116 Juta

Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 4:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah urusan bergelar 'Datuk' dan seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu terhadap pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan invois berjumlah RM1.116 juta berhubung kerja-kerja logistik 200 unit lori muatan berat (Tipper Truck), empat tahun lepas.

  

Datuk Koay Teng Keong, 57, dan Teh Yean Teong, 51, didakwa dengan niat bersama menggunakan dua invois Deutsche Direct Sdn Bhd, sebuah syarikat pengangkutan, masing-masing bertarikh 11 Mac 2010 berjumlah RM605,200 dan 13 Mac 2010 berjumlah RM511,400 di pejabat Gadang Engineering (M) Sdn Bhd, Wisma Gadang, No. 52, Jalan Tago 2, Off Persiaran Utama, Sri Damansara di sini pada Mac 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (2)(b) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Terdahulu Pegawai Pendakwa daripada SPRM, Wan Ahmad Nidzam Wan Omar menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin bagi masing-masing tertuduh serta syarat tambahan, pasport perlu diserahkan kepada mahkamah.

Peguam J R Tey, mewakili kedua-dua tertuduh, memohon wang jaminan dikurangkan kepada RM50,000 dan pasport mereka tidak diserahkan kepada mahkamah atas alasan anak guamnya merupakan ahli perniagaan yang berkemungkinan akan keluar negara untuk urusan perniagaan serta isteri Koay menghidap penyakit kanser.

Hakim Allaudeen Ismail kemudian membenarkan Koay dan Teh masing-masing diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah pada tarikh sebutan 18 Disember ini.

Koay dan Teh, yang turut diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membayar wang jaminan itu. 


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan