Saya Tiada Kepentingan Di Malaysia - Pauline

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 9:59 PM

Pauline Chai (tengah) hadir ke perbicaraan kes cerainya bersama jutawan terkemuka, Tan Sri Khoo Kay Peng di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Miss Malaysia Puan Sri Pauline Chai Siew Phin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa beliau hanya mempunyai seorang rakan di Malaysia dan beliau tidak mempunyai kepentingan di Malaysia.

Chai, 67, yang merupakan isteri kepada jutawan Tan Sri Khoo Kay Peng juga berkata beliau meninggalkan Malaysia untuk menetap di Australia pada 1980.

 "Saya hanya mempunyai seorang rakan di Malaysia dan saya tidak mempunyai kepentingan di Malaysia. Saya meninggalkan Malaysia 34 tahun yang lepas pada 1980 dan sejak itu tidak lagi tinggal di sini. Saya menetap di Perth, Australia pada 1980 bersama seluruh keluarga saya. Kedua-dua anak bongsu saya dilahirkan di Australia dan saya memperoleh kerakyatan Australia.

"Saya berpindah ke Victoria, Kanada pada 1989 bersama seluruh keluarga dan menetap di situ selama 20 tahun. Semasa tempoh ini, saya bermastautin dan mendapat kewarganegaraan Kanada," katanya.
 
Chai, Miss Malaysia/International 1969 berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Yeoh Wee Siam berhubung permohonan suaminya, Khoo untuk mengetepikan keperluan menghadap badan pendamai sebelum bercerai dan untuk menentukan isu awal sama ada mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa mendengar petisyen perceraiannya.

Menjawab soalan peguam Datuk Dr Cyrus Das semasa pemeriksaan balas, Chai berkata pada 2010, beliau menghabiskan 40 peratus masanya di Malaysia dan selebihnya di Kanada.

Sementara itu, dalam kenyataan saksi yang dikemukakan di mahkamah pada Khamis, Chai menafikan Malaysia merupakan rumah kediaman mereka, selepas keluarganya meninggalkan negara pada 1980 dan memilih menetap di Australia, kemudian di Kanada dan di England.

"Anak-anak kami tidak pernah menghabiskan masa bermakna di Malaysia sejak kami meninggalkan negara ini pada 1980 dan menjadikan Australia tempat kediaman kami. Sejak meninggalkan Malaysia, kami jarang kembali ke Malaysia dari Australia atau Kanada kerana kami selesa di sana.

"Bila kami mengembara, anak-anak dan saya lebih berminat untuk melihat destinasi lain yang kami tidak pernah lihat seperti Vancouver di Kanada, Scotland dan Amerika Syarikat. Kami tidak berminat untuk kembali ke Malaysia," katanya.
 
Terdahulu, Chai berkata Khoo yang membuat keputusan untuk keluarganya, seperti memutuskan agar beliau dan anak-anak berpindah ke Australia pada 1980 dan kemudian menetap di Kanada pada 1989.

"Dia yang menguasai keluarga. Apabila beliau mahukannya, kami mesti patuh kepadanya. Anda boleh katakan fikiran kami diketepikan untuk mengikut arahannya," kata Chai.

Pada Februari tahun lepas, Chai memfailkan petisyen perceraian di sebuah mahkamah di London dan menuntut penyelesaian lebih kurang RM2.75 bilion.

Chai mahu mahkamah Inggeris membuat keputusan prosiding perceraian itu kerana dia mendakwa tidak lagi bermastautin di Malaysia sejak 1980 dan sekarang menetap di England.

Khoo, yang juga pengerusi syarikat pegangan pelaburan antarabangsa, Malayan United Industries Bhd dan kini tinggal di Ampang, Kuala Lumpur, memfailkan petisyen perceraian itu di sebuah mahkamah Malaysia tahun lepas.

Pasangan itu berkahwin pada 1970 dan mempunyai lima orang anak.

Perbicaraan bersambung pada Jumaat.


Tags / Kata Kunci: Pauline Chai , kes cerai , Khoo Kay Peng

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan